Friday 12 July 2024

Dajjal dan fahaman tajsim



Dajjal akan muncul dan mengaku sbg tuhan. Lalu ramai org akan mempercayainya. Dan itu termasuk org Islam. Justru, knp senang2 je dajal blh meraih kepercayaan begitu sdgkan tuhan adalah sesuatu yg kudus dan sakral. Tidak mudah utk seseorang mendakwa tuhan lalu dipercayai secara besar2an. Satu org dakwa jd wali pun masih lg blm dipercayai, apatah lagi tuhan. Guru kami, al-mukarram PM Dr Abdul Manan menjelaskan - proses tersbt tidak dtg secara langsam, bahkan beransur dan bertahap. Caranya ialah menanam dlm fikiran umat Islam rumus dan sifir ayat2 mutasyabihat diterima sbg muhkamat atau dgn kata lain, difahami secara literal atau zahir. Dulu, pejuang2 fahaman literal bersungguh meletakkan tuhan di atas arasy. Tak lama lepas itu, ia berada di langit. Kenyataan tersebut dihiasi dgn menyerahkan bagaimana berada, bagaimana duduk, kpd Allah.

Ahlussunnah wal jamaah tidak pernah mahu membahaskan isu secara meluas dan mendalam ini krn ia bkn usul akidah bahkan terdapat larangan membicarakan zat Tuhan. Bahkan menentang pahaman ini agar akidah umat Islam selamat. Kita mendidik umat dgn kaedah sifat 20 utk mengesahkan hakikat Tuhan yg esa dan menyucikanNya utk beribadat dan menyembahNya secara benar. Namun, org yg ada zayghun (penyimpangan) dlm hati tetap bersikeras membahas, berdebat dan berusaha meletakkan pahaman ini dlm fikir dan hati umat Islam. Golongan ini telah disebut dlm Quran Ali-Imran ayat 7. Bahkan menempelkan pahaman ini kpd ulama2 ahlussunah wal jamaah yg masyhur dgn mentafsirkan kalam mrk dgn pahaman ini. Akhirnya bila paham ini dh terbiasa dibicarakan, maju pulak setapak, Allah turun ke langit dunia. Cuma caranya tidak sama dgn makhluk. Lama2 bila dh reda, diajar pula Allah ada tangan. Begitulah nnti sikit ayat2 mutasyabihat ditanam dlm pemikiran umat Islam. Allah ada wajah, Allah ada kaki. Sehingga nnti tidak mustahil ayat : Allah ada bersama kamu (وهو معكم أين ما كنتم) akan dipahamkan secara literal jgk. Pada ketika itu, manusia blh menerima tuhan berada di kalangan mereka dgn pahaman literal ini apabila mereka sdh tertanam rumus ayat2 mutasyabihat sbg ayat yg blh difahami secara literal. Bahkan skrg ini juga slogannya sudah ada : "Allah kata Dia ada tgn, terima jelah. Kan Tuhan yg sebut" dan seumpamanya. Maka, tidak mustahil ketika paham ini mesra molek dlm pemikiran umat Islam, mudah2 shj dajal akan diterima sbg tuhan krn ciri2 tuhan tlh dinormalisasikan dgn ciri2 yg ada pd makhluk. Pada masa ini, mmglah blm lg blh berlaku keadaan spt itu krn pejuang2 ahlussunnah wal jamaah masih lg Allah berikan kesempatan dan kedudukan utk menerang dan mempertahankan kefahaman yg sahih dr nas yg samar. Tidak mustahil nnti mufti2, para ulama yg berjawatan, yg menguasai sumber maklumat dan pengajian adalah yg berfahaman literal bahkan lbh jauh drpd itu, yg menjadikan masyarakat sdh keliru dlm memahami permasalahan ini. Dan jgn kita sangka dajal akan keluar dgn muka bengis, cacat, mcm terencat akal sbg gambaran2 para ilustrator. Bahkan dia akan membawa keajaiban2 yg memukau manusia pada ketika itu. Oleh itu, peganglah akidah Ahlussunnah wal jamaah yg menjadi sawadul a'zam atau kumpulan terbesar sepanjang zaman...dgn mahjaj Asyairah dan Maturidiah dlm pengajian akidah, berpegang kpd salah satu daripada empat mazhab yg muktabar - Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali, bertasawuf dgn suci hati yg disusun khususnya oleh Imam Ghazali dan tarikat2 yg muktabar. Nabi s.a.w. sebut: من شذ شذ في النار Sesiapa yg menyimpang drpd sawadul a'zam ini, maka dia akan menyimpang ke dlm neraka. Kredit : Ustaz Anas

No comments:

Post a Comment