Tuesday, 8 June 2021
Saturday, 23 January 2021
Pada penulisan kali ini, penulis ingin berkongsikan persamaan hukum syariat yang ditetapkan dalam Kitab Taurat/Perjanjian lama dengan hukum Hudud dan Qisas dalam Islam. Kedua-duanya adalah wajar dilaksanakan dan dipraktikkan dalam erti kata ia adalah suatu "tuntutan Allah" bagi sebuah Daulah Islamiyah (negara Islam yang berdaulat). Sesebuah Daulah Islamiyah diberi kewajipan dan tanggungjawab untuk menjalankan hukuman terhadap jenayah tersebut.
Hudud (حدود ) Hudud; tunggal: hadd حد, bererti harfiah "had" atau "batasan" merupakan konsep Islam yang berasaskan al-Quran dan Hadis yang menakrifkan "jenayah terhadap Allah". Antaranya adalah jenayah zina, penyamunan dan pencurian. Terdapat juga hukum syariah yang disebut sebagai qisas yang dikira sebagai pertikaian peribadi antara dua pihak yang membenarkan 'tindakan balas' sebagai hukuman. Jenayah zina disebutkan hukumannya didalam al-Quran surah an-Nur ayat 2:
الزّانِيَةُ وَالزّاني فَاجلِدوا كُلَّ وٰحِدٍ مِّنهُما مِائَةَ جَلدَةٍ ۖ وَلا تَأخُذكُم بِهِما رَأفَةٌ في دينِ اللهِ إِن كُنتُم تُؤمِنونَ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ ۖ وَليَشهَد عَذابَهُما طائِفَةٌ مِّنَ المُؤمِنينَ
"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman"
Surah an-Nur 24:2
Didalam kitab Taurat/Perjanjian Lama antara ayat yang masih utuh dan terpelihara berkisar mengenai hukuman rejam sehingga zaman ini, disebutkan dengan jelas tentang hukuman rejam bagi penzina dalam Kitab Ulangan (Book of Deuteronomy) 22 ayat 22-24.
"Jika seorang lelaki didapati meniduri seorang perempuan yang sudah bersuami, maka hendaklah kedua-dua mereka dihukum mati, baik lelaki yang meniduri perempuan itu mahupun perempuan itu sendiri. Demikianlah harus kamu singkirkan yang jahat itu daripada kalangan orang Israel. Jika ada seorang gadis perawan yang sudah bertunangan dengan seorang lelaki bertemu dengan lelaki lain di kota itu lalu tidur dengannya, maka hendaklah kamu membawa kedua-duanya keluar ke pintu gerbang kota itu. Rejamlah mereka sampai mati"
Dalam surah al-Maidah ayat 45, Allah swt berfirman ;
وَكَتَبنا عَلَيهِم فيها أَنَّ النَّفسَ بِالنَّفسِ وَالعَينَ بِالعَينِ وَالأَنفَ بِالأَنفِ وَالأُذُنَ بِالأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالجُروحَ قِصاصٌ ۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفّارَةٌ لَّهُ ۚ وَمَن لَّم يَحكُم بِما أَنزَلَ اللهُ فَأُولٰئِكَ هُمُ الظّٰلِمونَ
"Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka didalamnya bahawa jiwa dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka-luka (pun) ada qisasnya. Barangsiapa yang menyedekahkannya, maka itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan (perkara) menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim."
Dalam Kitab Perjanjian Lama ditemukan hukuman-hukuman yang disebut oleh ayat ini. Kitab Keluaran (Book of Exodus) 21: 12 menyatakan: "Sesiapa yang memukul orang hingga mati, dia pasti dihukum mati." Ditempat yang sama, ayat 23 dan 24 dinyatakan: "Tetapi jika berlaku kecederaan yang parah, engkau harus membayar nyawa diganti nyawa, mata diganti mata, gigi diganti gigi, tangan diganti tangan, kaki diganti kaki, luka terbakar diganti luka terbakar, luka diganti luka, dan bilur (lebam) diganti bilur (lebam)."
Merujuk tafsir al-Mishbah tulisan Dr Quraisy Shihab (Pengarah Kajian Quran Indonesia), surah al-Maidah ayat 45 ini menekankan bahwa "prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh al-Quran ini pada hakikatnya serupa dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah terhadap umat-umat yang lalu". Maka dengan demikian, diharapkan ketentuan hukum tersebut dapat diterima dan dilaksanakan oleh semua umat (Kristian, Yahudi) termasuk umat Islam.
Wallahua'lam...
Saturday, 9 November 2019
Pengharaman Memakan Khinzir dalam agama Kristian
Antara persamaan dalam agama Kristian dengan ajaran Islam adalah pengharaman memakan daging khinzir bagi penganut agama tersebut. Namun begitu, kebanyakan penganut agama Kristian zaman sekarang tidak mengetahui perkara tersebut dan telah terbiasa dengan adat nenek moyang mereka. Terdapat juga sebahagian yang mengetahui perkara tersebut bertindak menyembunyikan pengharaman tersebut dengan niat dan motif tertentu. Mereka bukan saja menyembunyikan ajaran tersebut dari masyarakat, malahan jika ada yang mempertikaikan mereka akan melakukan perkara licik berikut:
"Tuhan berfirman kepada Musa dan Harun, "Beritahu kepada orang Israel begini, 'Inilah haiwan-haiwan hidup yang boleh kamu makan daripada antara segala jenis yang ada di atas bumi: Kamu boleh makan semua haiwan yang terbelah kuku kakinya serta yang mengunyah bahan mamahan. Akan tetapi kamu tidak boleh makan antara haiwan yang hanya mengunyah bahan mamahan atau yang hanya terbelah kuku kakinya. Jenis-jenis haiwan yang berikut tidak boleh kamu makan: Unta, haiwan yang mengunyah bahan mamahan tetapi tidak terbelah kuku kakinya adalah haram bagimu. Landak, haiwan yang mengunyah bahan mamahan walaupun kuku kakinya tidak terbelah adalah haram bagimu. Arnab, haiwan yang juga mengunyah bahan mamahan walaupun kuku kakinya tidak terbelah adalah haram bagimu. Babi, yang kuku kakinya terbelah walaupun babi tidak mengunyah bahan mamahan adalah haram bagimu. Maka janganlah kamu makan daging haiwan-haiwan itu dan jangan kamu sentuh bangkainya, kerana semua itu haram bagimu".
Kesimpulan
2. https://www.biblica.com/resources/bible-faqs/why-does-the-niv-bible-omit-or-have-missing-verses/
3. https://en.wikipedia.org/wiki/Christian_dietary_laws




