Tuesday, 8 June 2021

Kontradiksi dalam Bible



Bible seperti yang kita ada pada hari ini, terdapat banyak percanggahan yang jelas. Izinkan saya tunjukkan kalian sesuatu. Ok, mari kita teliti Kitab Perjanjian Lama dan Perjanjian baru. Kita lihat kedua-duanya. Mari bicara tentang yang perjanjian lama dahulu, kerana ia teks yang lebih awal. Jadi sebagai contoh yang pertama kita lihat dalam 2 Samuel bab 24 ayat 9:

 "Maka, jumlah segala orang yang dibilang itu dipersembahkan Yoab kepada baginda; maka diantara orang Israel adalah delapan ratus ribu orang yang tahu berperang dan menghunus pedang dan di antara orang Yehuda adalah lima ratus ribu orang. 

                                                                                                                                                                                            (2 Samuel 24:9) 

Jadi, dalam ayat ini, Yoab melaporkan bilangan itu kepada Raja Daud. Berapa ramai orang Israel? Lapan ratus ribu (800,000). Yehuda lima ratus ribu (500,000). Dalam perjanjian Lama yang sama, itu adalah dalam 2 Samuel, sekarang kita pergi kepada 1 Tawarikh, anda akan menemukan Yoab, Yoab yang sama melaporkan bilangan itu kepada Raja Daud yang sama 

"Di antara seluruh orang Israel ada sejuta seratus ribu orang yang dapat memegang pedang, dan orang Yehuda ada empat ratus tujuh puluh ribu orang yang dapat memegang pedang 
                                                                                                                                                                                          (1 Tawarikh 21:5) 
Jadi dari lapan ratus ribu kepada sejuta seratus ribu (1,100000) dan dari lima ratus ribu, bagaimanapun sekarang ia berkurangan kepada empat ratus tujuh puluh ribu (470,000). Jadi apa maksudnya disini? Ini menunjukkan bahawa Bible bukanlah firman dari Tuhan, ini penulisan dari manusia. Dan penulisan manusia akan ada percanggahan, ia berlaku benar? Contohnya saya beritahu anda berapa orang ada di dewan tempat swabtest sekarang? Anda akan memberikan bilangan yang berbeza, dia akan memberikan bilangan yang berbeza, itu kita boleh faham kerana kalian bukan firman tuhan. Kalian adalah manusia!  Jadi itu adalah perkara utama yang kita bicarakan disini. Dan apabila anda ada tafsiran sendiri, orang yang ada ideanya sendiri. Dan saya akan berikan anda beberapa contoh untuk memudahkan anda.

Disini, kita ada dalam 2 Tawarikh (Chronicles) bab 22 ayat 2;

"Ahazia berumur empat puluh dua (42) tahun pada waktu ia menjadi raja dan setahun lamanya ia memerintah di Yerusalem. Nama ibunya ialah Atalya, cucu Omri".

                                                                                                                                                                                      (2 Tawarikh 22:2)

Jadi Ahazia, berapa umurnya? 42 Benar? Dan dia memerintah selama setahun, jadi dia bukan orang yang berbeza, Dan ibunya bernama Atalya. Jadi hanya kerana orang akan mengatakan itu Ahazia yang berbeza, tidak! Dan moyangnya adalah Omri, benar? Dalam bible yang sama, ayat ini adalah dalam 2 Tawarikh, Jika kita lihat kepada 2 Raja-raja (Kings), anda akan menemukan bahawa 2 Raja-raja bab 8 ayat 26; 

Ahaziah berumur dua puluh dua (22) tahun pada waktu ia menjadi raja dan setahun lamanya ia memerintah di Yerusalem. Nama ibunya ialah Atalya, cucu Omri Raja Israel. 

                                                                                                                                                                                            (2 Raja-raja 8:26)

Jadi orang yang sama, ibu yang sama, datuk yang sama, satu tahun yang sama. Tapi dua puluh dua dan empat puluh dua. Jadi sekali lagi, apa yang berlaku disini? Sejarah, ditulis oleh manusia, ia kadang-kadang boleh hilang dan direkodkan semula dari lagu, budaya, dan tradisi, ia akan berubah. Itu kita boleh fahami, tapi ia bukan lagi firman dari Tuhan, benar? 

Sekarang kita beralih kepada Kitab Perjanjian Baru. Apabila anda melihat perkara lain dalam perjanjian baru. 1 Samuel bab 15 ayat 3;

Jadi pergilah sekarang, kalahkanlah orang Amalek, tumpaslah segala yang ada padanya,dan janganlah ada belas kasihan kepadanya. Bunuhlah semuanya, laki-laki maupun perempuan, kanak-kanak maupun anak-anak yang menyusu, lembu maupun domba, unta maupun keledai." 

                                                                                                                                                                                    (1 Samuel 15:3) 

Sejujurnya, bagi saya, firman itu bukan dari Tuhan. Kerana Tuhan boleh murka tapi bukan mengarahkan untuk membunuh bayi, bayi yang masih menyusu. Contohnnya mungkin anda dan saya melakukan dosa yang besar dan kita dihukum mati, saya faham itu. Tapi bayi yang menyusu dan pembunuhan beramai-ramai, saya tidak dapat menerimanya. Itu mungkin pemberontakan dari seseorang,benar? Dari seorang manusia!

Kemudian kita pergi kepada perjanjian baru. Disini kita ada percanggahan  yang sangat jelas yang memberitahu anda bahawa ini adalah penulisan semula dari orang? Jadi, sini mari kita ambil dari 1 Matius. Perkara pertama dalam Matius. Bab pertama dalam perjanjian baru seperti yang telah disusun pada hari ini. Ia ada dalam bab 1 ayat 16. Dari ayat pertama hingga enam belas, ini adalah garis keturunan Yesus.



Kita lihat disini, Yakub memperanakkan Yusuf. Yusuf mana yang kita bicarakan? Suami kepada Maria. Kemudian ada orang akan berkata itu Yusuf yang berbeza. Tidak mengapa, kita akan teruskan disini, Yakub memperanakkan Yusuf suami Maria, Bukan Maria tapi Yusuf yang melahirkan Yesus yang disebut Kristus (Matius 1:16). Jadi siapakah bapa kepada Yusuf? Yakub (Jacob). Sangat jelas. Sekarang, apabila kita lihat pada Lukas, bab 3 ayat 23-38. Ini adalah garis keturunan Yesus. Jadi mari kita mulakan, kita mula disini, Ketika Yesus memulai pekerjaan-Nya, ia berumur kira-kira tiga puluh tahun dan menurut anggapan orang, Ia adalah anak Yusuf, anak Eli (Lukas 3:23) Jadi anda lihat, dari Yusuf adalah anak kepada Yakub, kepada Yusuf anak kepada Eli. 

Dan maksud saya, saya telah melakukan perbandingan, dan ada 15 generasi yang hilang. Dalam bible, antara dua garis keturunan itu. Pulang ke rumah dan lihat. Terdapat banyak jenis penjelasan orang reka. Ada yang berkata, tidak itu garis keturunan Maria. Tapi di sini ia berkata untuk Yusuf. Dan bab itu menekankan ia adalah garis keturunan Yesus. Jadi seperti anda mahu meletakkannya di mana yang anda mahu. Ada juga yang berkata, tidak! Yusuf ada dua orang bapa. Bagaimana itu terhasil? Anda adalah anak kepada seorang bapa, benar? Dan jika anda ada dua orang bapa pun, bagaimana boleh ada kehilangan 15 generasi? 

Apakah perbezaan Bible dan Quran

Quran adalah dari Tuhan yang sama yang menurunkan Taurat & Injil. Tapi ia dipelihara. Bagaimana ia dipelihara? Kami ada saudara disini yang menghafal keseluruhan Quran (dipanggil Al-Hafiz) . Perkataan demi perkataan. Huruf demi huruf . Saya pasti anda sudah pergi ke banyak gereja. Pernah anda berjumpa dengan pastor dan pendeta yang menghafal keseluruhan Bible? Perkataan demi perkataan, Huruf demi Huruf? Saya tidak pernah melihatnya seumur hidup saya. Saya mencabar orang ramai untuk tunjukkan, walaupun Pope sendiri jika anda mahu. Dan saya cuma mahu menguji mereka. Saya mahu ambil bible dan saya mahu mereka bacakan dari Markus 15:17. Silakan. Tapi dengan Quran kami boleh melakukannya. Kami ada saudara disini. Anda boleh beritahu mereka baca dari bab ini, ayat ini, begini saja. Jadi itu satu cara.



Yang kedua, kami ada manuskrip yang telah dilakukan pentarikhan Karbon (Carbon Dating). Anda tahu manuskrip alkitabiah yang terawal adalah dalam bahasa koine Yunani. Bukan dalam bahasa Yesus (Aramaic), benar? Kebanyakan Hawariyun (The disciples) mereka bukan orang yang terpelajar. Dan ini adalah dari Bible sendiri. Disini dalam Kisah Para Rasul, 4:13;

"Ketika sidang itu melihat keberanian Petrus dan Yohanes (dari Hawariyun) dan mengetahui, bahawa keduanya orang biasa yang tidak terpelajar" 

                                                                                                                                                               Kisah Para Rasul, 4:13

Anda lihat bahawa mereka ini, bercakap bahasa Aramaic. Tidak terpelajar, tidak tahu membaca. Jadi mereka tidak boleh menulis dalam bahasa koine Yunani. Bahkan itu bukan bahasa Roman. Roman adalah bahasa Latin. Benar? Hanya seseorang yang terpelajar, seseorang yang mungkin profesor atau sepertinya. Jadi kebanyakan bible yang kita ada bukan ditulis oleh Hawariyun sendiri. Dan manuskrip terawal yang kita ada, adalah sangat kecil seperti (saiz) kad kredit kurang lebih 40 tahun, 70 tahun (selepas Yesus). Tapi lebih dari 100, 200 tahun selepasnya, kita ada manuskrip lengkap perjanjian baru yang pertama. Jadi kita tiada apa-apa manuskrip pada zaman Yesus.

Tapi Quran, kami ada manuskrip yang telah dibuat pentarikhan karbon sehingga ke zaman Rasulullah (SAW). Dan manuskrip Quran yang lengkap, dari generasi yang pertama, dimana mereka menyusunnya. Jadi ini adalah kenapa kami percaya ia telah dipelihara. Jadi apabila kami melihat percanggahan yang jelas, apabila melihat pada yang ini, kami katakan OK. Apa-apa yang ada dalam ini, yang padan dengannya, kami akan percaya keduanya. Tuhan memerintahkan manusia untuk menyembah tuhan yang satu, ya, itu masuk akal. Tapi kemudian untuk mengatakan bahawa tuhan memerintahkan hamba yang mati dipukul oleh tuannya tidak akan dihukum kerana perbuatannya. Itu apa yang kami jumpa dalam bible. Ya jadi kami percaya bible ini telah diubah.

Jadi bahasa asal itu penting, benar? Dan sebab itu kami, sedangkan tiada sesiapa dari kami disini berbangsa Arab, Tapi kami menghafal Quran dalam bahasa Arab. Kami belajar maksudnya dengan bahasa tempatan, tetapi kami menghafalnya dalam bahasa Arab untuk memelihara mesejnya yang asli.

Sumber:
Dialog antara Sheikh Uthman Ibn Farooq dan sahabat Kristiannya yang berkunjung ke Booth dakwahnya.

No comments:

Post a Comment