Friday, 27 September 2019

Amru Bin Luhay~Tokoh yang membawa Berhala Ke Makkah



Sejarah Asal Bangsa Arab di Mekah

Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk membawa anaknya Ismail dan isterinya Sarah ke Tanah Kering dan tandus di suatu tempat di Padang Pasir.

Setelah Ismail dewasa dan dilantik sebagai Rasul Allah, baginda memperkenalkan Bangsa Jurhum kepada Allah S.W.T. di tempat yang dikenali dengan nama Mekah.Bermula dari situlah bermulanya syariat Haji, Korban,Tawaf dsb, Jadi syariat Haji, Korban dan Tawaf sebenarnya bukanlah bermula dari zaman Rasulullah S.A.W malahan telah bermula dari zaman Nabi Ismail a.s lagi.

Nabi Ismail memimpin Kaabah dan Kota Mekah hingga baginda berusia 137 tahun. Setelah wafat, tampuk kepimpinannya dan kunci Kaabah di pegang oleh anak sulung baginda bernama Nebaioth. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit pertelingkahan antara Bani Jurhum dan anakanda Nabi Ismail menyebabkan tampuk pemerintahan diambil alih oleh Bani Jurhum. 

Ketua Pertama Bani Jurhum namanya adalah Haris Bin Madhab dan  kaum Jurhum menguasai Mekah selama 20 Abad (2000 Tahun). Selama 20 Abad ini, mereka masih mengamalkan ajaran Tauhid yang dibawa oleh Nabi Ismail dan tiada satu pun berhala didapati di Kaabah sepanjang 20 abad tersebut.

Namun, beberapa peristiwa seperti penganiayaan terhadap jemaah haji oleh generasi akhir Bani Jurhum menyebabkan berlakunya pemberontakan dari kaum lain dan menyebabkan Kaum Jurhum di usir dari Mekah. Antara yang memberontak adalah dari Bani Khuza'ah. Mereka berjaya menguasai Mekah dan menjadi tampuk kepimpinan seterusnya.

Selama 3 Abad sehingga tahun 440 Masihi, semasa pemerintahan Bani Khuza'aah, Kaabah masih lagi suci dari berhala. Jadi siapakah orangnya yang membawa berhala ke Kaabah? Jawapannya ialah Amru Bin Luhayy.

Amru Bin Luhayy

Amru Bin Luhay adalah seorang pemimpin dari bani Khuza'ah yang terkenal kerana sifat dermawan dan keberaniannya. Bangsa Arab sangat menyanjungi dan sangat menghormatinya. Beliau dikatakan pernah memberikan makanan dan pakaian kepada jemaah Haji dan pernah dikatakan Beliau menyembelih sebanyak 10,000 unta dan memberi makan 10,000 orang.

Bagaimana seorang yang baik seperti beliau boleh menjadi pelopor kepada suatu amalan syirik yang merupakan satu kezaliman terbesar.

                          
                    وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Dan ingatlah ketika Lukman berkata kepada anaknya, saat dia menyampaikan nasihat kepadanya, ”Wahai anakku, Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar suatu kezaliman yang besar.” (13) – (Q.S Luqman: 13)
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan beliau bertindak demikian. Antaranya ialah kerana faktor Tampuk Kepimpinan, Politik, Ekonomi dan Agama.

Amru Bin Luhayy bertindak membawa berhala tersebut adalah sebagai satu cara untuk beliau men'claim'kan dirinya sebagai Pembawa Perubahan di Negeri Arab. Semakin beliau disanjung, semakin mudahlah beliau merubah ajaran Nabi Ismail A.S dan seterusnya memonopoli ibadah Haji.

Bangsa Arab di Mekah juga dapat menerima baik amalan penyembahan berhala ini juga adalah kerana menurut mereka, amalan tersebut adalah satu 'Pembaharuan' dalam agama dan ia adalah satu benda yang baik. Ia juga tidak menghilangkan secara menyeluruh ajaran Nabi Ismail A.S seperti Haji, Tawaf, Korban dsb. Ia juga berjaya kerana Amru Bin Luhayy tidak menukar terus ajaran Nabi Ismail A.S namun hanya me'modifikasi' ajaran tersebut selain faktor rentang waktu 5 Abad sebelum wahyu diturunkan kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Perjalanan Amru Bin Luhayy ke Kota Syam

Pada satu hari, Amru Bin Luhayy pergi ke kota Syam untuk suatu urusan perniagaan dan bertemu dengan suku kaum Amalek yang sedang berada disana pada waktu tersebut. Dia melihat mereka menyembah berhala dan dikatakan berhala itu dapat menunaikan hajat. Menurut kaum amalek, "apabila kami memohon hujan dan pertolongan kepada berhala-berhala ini, Ia menunaikan permintaan kami".

Lalu Amru Bin Luhayy meminta kepada Pemimpin Bani Amalek, agar diberikan satu dari berhala-berhala di sana. "Saya akan membawanya ke tanah Arab agar orang-orang Arab juga menyembahnya". Kata Amru Bin Luhayy. Beliau pun membawa berhala yang dinamakan Hubal ke Mekah.

Singkat cerita, Amru Bin Luhayy pun membawa berhala Hubal ke Mekah dan meminta orang-orang Arab disana menyembahnya dan memuliakannya. Mereka menuruti permintaan beliau kerana menurut mereka, Amru Bin Luhayy adalah satu sosok tubuh yang sangat mengetahui tentang urusan peribadatan dan menjadi tempat rujukan.

Namun, setelah muncul penyelewangan Akidah yang dibawa oleh Pemimpin Bani Khuza'ah tersebut, maka Bangsa Arab yang lain bangkit menentang terutama dari Suku Jurhum, namun apakan daya kerana kekuatan politik, mereka tidak bisa melawan dan membendung arus deras penyelewengan akidah disana.

Amalan penyembahan berhala berterusan sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad S.A.W dan ia adalah kerana faktor pengaruh Bangsa Arab Mekah yang memperkenalkan ritual ini kepada jemaah haji Hijjaz. Menurut mereka, ia adalah sebahagian dari Ibadah Haji dan bermulalah tersebarnya ritual penyembahan berhala ini ke daerah masing-masing. Terdapat juga berhala-berhala lain yang lebih kecil di sekeliling Ka'bah dan antara berhala yang paling terkenal adalah Lat, Manat dan Uzza.

Hadis Rasulullah mengenai nasib Amru Bin Luhayy di hari Akhirat
Wahai Aktsam, aku melihat 'Amr bin Luhai bin Qama'ah menyeret usus-ususnya (di neraka) dan aku tidak melihat orang yang amat mirip dengan orang lain melainkan engkau dengannya dan dia denganmu." Aktsam berkata, "Barangkali kemiripannya denganku itu membahayakan diriku wahai Rasulullah?", Rasulullah bersabda, "Tidak karena engkau orang mukmin sedangkan dia orang kafir. Dialah orang yang pertama kali mengubah agama Isma'il, memasang berhala, mengiris telinga unta, melepaskan saibah, memberikan washilah dan melindungi haam."

 [Sanadnya shahih. Abu Shalih adalah Dzakwan As-Samman Az-Zayat, maula Juwairiyah binti Al-Ahmas Al-Ghathafani]

Sumber:
http://youtube.com/Rabbanians ID






No comments:

Post a Comment