Showing posts with label hukum. Show all posts
Showing posts with label hukum. Show all posts

Sunday, 6 March 2022

Salaf (Suatu Pengenalan)

Siapa Mereka Salaf


Mengklasifikasi para ulama sama ada mereka tergolong dalam kalangan generasi Salaf atau Khalaf adalah sesuatu yang penting di zaman sekarang. Dari sudut bahasa, makna Salaf dari sudut bahasa,  ialah individu atau generasi terdahulu apabila dibandingkan dengan generasi lain yang datang kemudian daripadanya (Ibn Manzur, 2003). Namun, makna istilahnya lebih merujuk kepada generasi ulama yang hidup dalam suatu tempoh tertentu sahaja, iaitu dalam lingkungan tiga kurun pertama Hijrah (Al-Buti, 2007). Defnisi ini merupakan satu defnisi masyhur diterima pakai oleh ramai sarjana dahulu dan sekarang. Walau bagaimanapun, kebanyakan sorotan kajian membuktikan justifikasi pengertian Salaf sebagaimana keterangan di atas, berasaskan satu sumber hadis sepertimana sabda Rasulullah (s.a.w):


  Maksudnya: “Sebaik-baik kurun (generasi) adalah kurunku, kemudian orang-orang yang datang selepas mereka, dan seterusnya disusuli pula oleh satu kumpulan manusia lain selepas mereka. Sesudah itu, akan datang suatu generasi yang sifatnya; penyaksian seseorang daripada mereka mendahului sumpahnya dan sumpahnya mendahului penyaksiannya” (Al-Bukhari (3651), 2005) 


Sebagaimana maklum, satu kurun bersamaan dengan 100 tahun, namun kajian mendapati kurun pertama yang dinyatakan dalam hadis di atas berakhir pada tahun 110 Hijrah kerana berpandukan tarikh hadis tersebut dilaporkan, iaitu pada tahun 10 Hijrah. Oleh itu, difahami bahawa tempoh tiga kurun pertama Hijrah berakhir pada tahun 310 Hijrah. Berasaskan definisi dinyatakan, generasi yang berada dalam lingkungan 310 tahun pertama Hijrah, mereka telah dianggap sebagai Salaf (Al-Isa, t.th). Secara tidak langsung, generasi yang hidup selepas tahun 310 Hijrah pula dikenali sebagai Khalaf. Oleh itu, nama-nama tokoh ulama Islam seperti Imam Abu Hanifah (m. 150H), Imam Malik (m. 179H), Imam Al-Thawri (m. 187H), Imam Al-Shafie (m. 204H), Imam Ahmad bin Hanbal (m. 241H), Imam Al-Bukhari (m. 256H), Imam Al-Tabari (m. 310H) dan selain mereka yang wafat dalam lingkungan 310 Hijrah adalah dianggap sebagai Salaf walaupun mereka bukan terdiri dari kalangan sahabat Rasulullah (s.a.w) dan tabiin. 


Perlu ditegaskan bahawa pengertian Salaf sebagaimana dibincangkan bukan merupakan suatu pandangan yang disepakati (ijma) oleh seluruh ulama Islam. Sesetengah ulama lain telah mendefinisikan Salaf sebagai generasi yang hidup sebelum tahun 500 Hijrah, manakala Khalaf pula adalah generasi yang datang selepasnya (Al-Bayjuri, 2001). Meneliti kedua-dua pengertian Salaf dari aspek sumber, penulis mendapati pandangan yang menerima pakai definisi pertama adalah berasaskan bahawa tiga kurun pertama Hijrah dimaksudkan tersebut merupakan suatu tempoh masa yang ramai dalamnya sebaik-baik golongan manusia yang boleh dijadikan ikutan, sebagaimana dibayangkan maknanya oleh hadis (Al-Bukhari (3651), 2005) yang menjadi sandaran mereka, walaupun perkataan Salaf tidak dinyatakan di dalamnya. Maka itu, definisi pertama telah dianggap mengandungi suatu makna yang konkrit untuk diterima pakai bagi menggambarkan ia adalah suatu generasi ikutan umat Islam sepanjang zaman yang diakui sendiri oleh Rasulullah (s.a.w). 


Walaupun begitu, definisi kedua yang menyifatkan generasi yang hidup dalam lingkungan 500 tahun Hijrah pertama sebagai Salaf, bukan dianggap sebagai suatu pandangan lemah yang perlu diketepikan kerana ia tidak bersumberkan mana-mana nas berautoriti. Malahan menurut penelitian penulis, definisi kedua mengambil kira bahawa makna utama terkandung dalam sabda Rasulullah (s.a.w) tersebut ialah wujudnya ramai individu baik yang boleh dijadikan ikutan umat Islam selepas mereka (Al-Bayjuri, 2001). Maka ramai tokoh ulama Islam lain yang dijadikan ikutan muncul selepas kurun ketiga Hijrah seperti Imam Al-Asy'ari (m. 320 H), Imam Al-Tahawi (m. 321H), Imam Al-Maturidi (m. 333H), Imam Ibn Hibban (m. 354 H), Imam Al-Baqillani (m. 403H), Imam Al-Baghdadi (m. 429H), Imam Al-Bayhaqi (m. 458 H), Imam Al-Qusyairi (m. 465H), Imam Al-Isfarayini (m. 471H), Imam Al-Juwayni (m. 478H), Imam Al-Ghazali (m. 505H) dan selain mereka. 


Kewujudan ramai tokoh ulama ikutan umat Islam dalam kurun keempat dan kelima Hijrah merupakan suatu perkara signifikan untuk dilabelkan sebagai tempoh masa hidup generasi Salaf. Jika diteliti dari aspek masa, generasi Salaf yang dikaitkan dengan tiga atau lima kurun pertama Hijrah turut dikenali dengan istilah Salaf zamani yang merujuk tempoh masa tertentu sahaja. Manakala sesuatu generasi yang datang selepas Salaf, apabila mereka mempunyai kefahaman, penghayatan dan metodologi pemikiran sama dengan generasi Salaf, maka mereka pula digelar sebagai Salaf manhaji (Abdul Shukor, 1993). Pada hemat penulis, pembahagian Salaf kepada dua istilah lain, iaitu zamani dan manhaji hanya sekadar menunjukkan sokongan generasi Khalaf terhadap metodologi pemikiran golongan para ulama Salaf. Hal ini tidak bererti ulama generasi Khalaf menafikan kebenaran metode yang difahami dan diterima pakai oleh mereka sendiri. Walau bagaimanapun, apa yang lebih utama dalam mendefinisikan istilah Salaf ialah penentuan tempoh kewujudan generasi ulama Salaf dalam tarikh sejarah umat Islam adalah sama ada tiga kurun Hijrah pertama atau merangkumi lima kurun Hijrah pertama.


Sumber:

gjat.my

Monday, 7 June 2021

Abu Umamah Al-Bahili r.a

 Biografi Sahabat

Abu Umamad, namanya Shudai. Al-Bahili dinisbatkan kepada Bahilah. Nama ayahnya Ajlan. Abu Umamah pernah tinggal di Mesir kemudian pindah dan tinggal di Himsh lalu meninggal di sana pada tahun 81 H, pendapat lain tahun 86 H. Ada yang mengatakan bahwa dia adalah shahabat yang terakhir meninggal dunia di Syam. Termasuk shahabat yang banyak meriwayatkan hadits dari Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam.

Antara Hadits beliau yang direkodkan dalam kitab Bulugh al-Maram adalah hadits berikut;



Abu Said Al-Khudri r.a

 Abu Said, nama lengkapnya adalah Sa'id bin bin Malik bin Sinan Al-Khazraji Al-Anshari. Al-Khudri dinisbatkan kepada Khudrah, salah satu suku Anshar, sebagaimana dalam Al-Qamus. Adz-Dzahabi berkata, "Ia termasuk ulama para sahabat yang menyaksikan Bai'ah Asy-Syajarah. Meriwayatkan banyak hadits dan memberikan fatwa dalam beberapa waktu."

Abu Said meninggal pada awal tahun 74H dalam usia 86 tahun. Banyak meriwayatkan hadits darinya. Ia memiliki 84 hadits dalam Ash-Shahihain. Antara Hadits beliau yang direkodkan Al-Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitab himpunan Hadits-hadits hukum Bulugh al-Maram adalah;


Rujukan:

Kitab Subulus Salam

Abu Hurairah R.A

 Abu Hurairah adalah Abdurrahman bin Shakhr, menurut pendapat Muhammad bin Ishaq dan Al-Hakim Abu Ahmad. Ia meninggal dunia di Madinah pada tahun 59H, dalam usia 78 tahun dan dimakamkan di Baqi, menurut salah satu pendapat.

Antara Hadis yang diriwayatkan beliau adalah Hadis mengenai kesucian air laut yang telah direkodkan oleh Ibnu Hajar al-Asqallani dalam Bulughul Maram;


Saturday, 23 January 2021

Hudud dalam konteks syariat agama Kristian


Pada penulisan kali ini, penulis ingin berkongsikan persamaan hukum syariat yang ditetapkan dalam Kitab Taurat/Perjanjian lama dengan hukum Hudud dan Qisas dalam Islam. Kedua-duanya adalah wajar dilaksanakan dan dipraktikkan dalam erti kata ia adalah suatu "tuntutan Allah" bagi sebuah Daulah Islamiyah (negara Islam yang berdaulat). Sesebuah Daulah Islamiyah diberi kewajipan dan tanggungjawab untuk menjalankan hukuman terhadap jenayah tersebut. 


Hudud (حدود ) Hudud; tunggal: hadd  حد, bererti harfiah "had" atau "batasan" merupakan konsep Islam yang berasaskan al-Quran dan Hadis yang menakrifkan "jenayah terhadap Allah". Antaranya adalah jenayah zina, penyamunan dan pencurian. Terdapat juga hukum syariah yang disebut sebagai qisas yang dikira sebagai pertikaian peribadi antara dua pihak yang membenarkan 'tindakan balas' sebagai hukuman.  Jenayah zina disebutkan hukumannya didalam al-Quran surah an-Nur ayat 2:

الزّانِيَةُ وَالزّاني فَاجلِدوا كُلَّ وٰحِدٍ مِّنهُما مِائَةَ جَلدَةٍ ۖ وَلا تَأخُذكُم بِهِما رَأفَةٌ في دينِ اللهِ إِن كُنتُم تُؤمِنونَ بِاللهِ وَاليَومِ الآخِرِ ۖ وَليَشهَد عَذابَهُما طائِفَةٌ مِّنَ المُؤمِنينَ

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman" 

                                                                                                                                                               Surah an-Nur 24:2

Didalam kitab Taurat/Perjanjian Lama antara ayat yang masih utuh dan terpelihara berkisar mengenai hukuman rejam sehingga zaman ini, disebutkan dengan jelas tentang hukuman rejam bagi penzina dalam Kitab Ulangan (Book of Deuteronomy) 22 ayat 22-24. 


"Jika seorang lelaki didapati meniduri seorang perempuan yang sudah bersuami, maka hendaklah kedua-dua mereka dihukum mati, baik lelaki yang meniduri perempuan itu mahupun perempuan itu sendiri. Demikianlah harus kamu singkirkan yang jahat itu daripada kalangan orang Israel. Jika ada seorang gadis perawan yang sudah bertunangan dengan seorang lelaki bertemu dengan lelaki lain di kota itu lalu tidur dengannya, maka hendaklah kamu membawa kedua-duanya keluar ke pintu gerbang kota itu. Rejamlah mereka sampai mati"

Dalam surah al-Maidah ayat 45, Allah swt berfirman ;


وَكَتَبنا عَلَيهِم فيها أَنَّ النَّفسَ بِالنَّفسِ وَالعَينَ بِالعَينِ وَالأَنفَ بِالأَنفِ وَالأُذُنَ بِالأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالجُروحَ قِصاصٌ ۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفّارَةٌ لَّهُ ۚ وَمَن لَّم يَحكُم بِما أَنزَلَ اللهُ فَأُولٰئِكَ هُمُ الظّٰلِمونَ


"Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka didalamnya bahawa jiwa dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka-luka (pun) ada qisasnya. Barangsiapa yang menyedekahkannya, maka itu (menjadi) penebus dosa baginya. Barangsiapa tidak memutuskan (perkara) menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim."


Dalam Kitab Perjanjian Lama ditemukan hukuman-hukuman yang disebut oleh ayat ini. Kitab Keluaran (Book of Exodus) 21: 12 menyatakan: "Sesiapa yang memukul orang hingga mati, dia pasti dihukum mati." Ditempat yang sama, ayat 23 dan 24 dinyatakan: "Tetapi jika berlaku kecederaan yang parah, engkau harus membayar nyawa diganti nyawa, mata diganti mata, gigi diganti gigi, tangan diganti tangan, kaki diganti kaki, luka terbakar diganti luka terbakar, luka diganti luka, dan bilur (lebam) diganti bilur (lebam)."


Merujuk tafsir al-Mishbah tulisan Dr Quraisy Shihab (Pengarah Kajian Quran Indonesia), surah al-Maidah ayat 45 ini menekankan bahwa "prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh al-Quran ini pada hakikatnya serupa dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan Allah terhadap umat-umat yang lalu". Maka dengan demikian, diharapkan ketentuan hukum tersebut dapat diterima dan dilaksanakan oleh semua umat (Kristian, Yahudi) termasuk umat Islam. 


Wallahua'lam...

Saturday, 9 November 2019

Adab Berdakwah kepada Orang Bukan Islam



Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab, marilah kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah". Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka: "Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam".

[Surah Ali'Imran Ayat 64]




Pengharaman Memakan Khinzir dalam agama Kristian

Antara persamaan dalam agama Kristian dengan ajaran Islam adalah pengharaman memakan daging khinzir bagi penganut agama tersebut. Namun begitu, kebanyakan penganut agama Kristian zaman sekarang tidak mengetahui perkara tersebut dan telah terbiasa dengan adat nenek moyang mereka. Terdapat juga sebahagian yang mengetahui perkara tersebut bertindak menyembunyikan pengharaman tersebut dengan niat dan motif tertentu. Mereka bukan saja menyembunyikan ajaran tersebut dari masyarakat, malahan jika ada yang mempertikaikan mereka akan melakukan perkara licik berikut:

1. Menyogok penganut tersebut menggunakan petikan ayat yang telah diubah kandungannya dari petikan asal.
2. Mengubah maksud ayat dengan menghiraukan konteks penuh ayat yang menceritakan perkara lain yang tidak berkaitan.

Setelah kajian dijalankan, didapati ayat yang digunakan untuk memanipulasikan penganut Kristian dari golongan awam adalah dari Kitab Markus Chapter 7 Verse 19.

"Kerana sesuatu itu tidak masuk ke hatinya tetapi ke dalam perutnya, kemudian keluar semula." (Dengan demikian Dia menyatakan semua makanan halal).

Markus 7:19[AlKitab versi Borneo]

atau dalam versi Bahasa Inggeris, New International Version (1978M)

"For it doesn't go into his heart but into his stomach, and then out of his body." (In saying this, Jesus declared all foods 'clean')
Mark 7:19 [NIV]

atau dalam bible versi New King James Version yang diterbitkan pada tahun 1611M.

"because it does not enter his heart but his stomach, and is eliminated, thus purifying all food"
Mark 7:19 [NKJV](1611M)

Jika diperhatikan, di dalam versi New International Version yang diterbitkan pada tahun 1978M, terdapat nota kaki (footnote) penterjemah yang menghuraikan mengenai pemahaman perterjemah atau kumpulan penterjemah berikut mengenai sabda Jesus yang mengatakan "Dengan Demikian Dia menyatakan semua makanan halal".

Persoalannya, adakah pemahaman tersebut selari dengan konteks keseluruhan ayat yang sebenarnya menceritakan mengenai kekecewaan Jesus terhadap beberapa orang Farisi dan beberapa ahli Taurat yang menegur pengikutnya yang makan tanpa membasuh tangan. Sedangkan adat tersebut bukanlah ajaran Taurat tetapi hanya mengikut adat istiadat nenek moyang mereka.

Berikut adalah versi penuh dari alKitab versi Borneo (Terjemahan dari New International Version).

1Orang Farisi dan beberapa ahli Taurat yang datang dari Yerusalem berkumpul di keliling Yesus. 
2Mereka melihat beberapa murid Yesus makan dengan tangan najis, iaitu tangan yang tidak dibasuh.
3(Orang Farisi malah semua orang Yahudi taat mengikut adat istiadat nenek moyang mereka. Mereka tidak akan makan sebelum membasuh tangan menurut cara-cara yang ditentukan. 

4Apabila pulang dari pasar, mereka juga tidak akan makan sebelum membersihkan diri. Banyak lagi peraturan yang diamalkan oleh mereka, seperti hal membasuh cawan, kendi, dan bekas tembaga.
5Oleh itu, orang Farisi dan ahli Taurat di situ bertanya kepada Yesus, "Mengapakah murid-Mu tidak menurut adat istiadat nenek moyang kita? Mengapakah mereka makan dengan tangan yang najis?"
6Yesus menjawab, "Tepat sekali kata-kata Yesaya dalam nubuatnya tentangmu, hai orang munafik; seperti yang tersurat: 'Bangsa ini menghormati-Ku dengan kata-kata, tetapi hati mereka jauh daripada-Ku. Sia-sialah mereka beribadat kepada-Ku; sedangkan ajaran yang diajarkan mereka ialah peraturan manusia.'
8"Kamu mengetepikan perintah Allah untuk menurut adat istiadat manusia."
9Yesus berkata lagi: "Kamu sungguh pandai menyingkirkan perintah Allah untuk menegakkan adat istiadatmu sendiri! 

10Musa menyampaikan perintah ini, 'Hormatilah ibu bapamu' dan 'Orang yang mencaci ibu bapa sendiri mesti dihukum mati.'

11Tetapi kamu mengajar: Jika seseorang berkata kepada ibu bapanya, 'Apa yang harus kugunakan untuk membantu ayah dan ibu, sudah kujadikan korban' (iaitu telah dipersembahkan kepada Allah), 

12maka orang itu tidak perlu menolong ibu bapa. 

13Jadi, adat istiadat yang kamu sampaikan membatalkan firman Allah. Banyak lagi perkara sedemikian yang kamu lakukan."
14Yesus memanggil orang ramai itu lagi lalu berkata kepada mereka, "Kamu semua, dengarlah kepada-Ku dan fahamlah. 
15 Apa yang masuk dari luar ke dalam seseorang tidak dapat menajiskannya. Apa yang keluar 
daripada seseorang itulah yang menajiskannya.
 16 Jika kamu bertelinga, dengarlah!"
17Setelah Yesus meninggalkan orang ramai itu dan masuk ke rumah, murid-murid-Nya bertanya kepada-Nya tentang maksud ibarat itu. 

18Yesus berkata kepada mereka, "Kamu ini sama dengan mereka. Tidakkah kamu faham bahawa apa yang masuk dari luar ke dalam seseorang tidak dapat menajiskannya? 

19Kerana sesuatu itu tidak masuk ke hatinya tetapi ke dalam perutnya, kemudian keluar semula." (Dengan demikian Dia menyatakan semua makanan halal.)
20Kata-Nya lagi: "Apa yang keluar daripada seseorang itu menajiskannya 
21kerana dari dalam, dari hati manusialah timbul fikiran jahat yang mendorong seseorang berfikiran durjana, berbuat cabul, mencuri, membunuh, 

22berzina, tamak, berdendam, menipu, mengeluarkan kata-kata lucah, bermata jahat, dengki, mengkufuri Allah, berlagak sombong, dan bersikap bodoh. 

23Semua perkara jahat ini timbul dari dalam hati dan itulah yang menajiskan seseorang."

[Markus 7:1-23]

Perhatikan bagaimana pada ayat 18 dimana Jesus menjelaskan mengenai makanan yang masuk ke dalam badan adalah tidak bersifat najis/kotor, malahan apa yang keluar dari badan seseorang itulah yang bersifat najis/kotor (mungkin yang dimaksudkan adalah air kencing atau tahi). Kemudian pada ayat 19 beliau menyambung dengan ayat "Kerana sesuatu itu tidak masuk ke hatinya tetapi ke dalam perutnya, kemudian keluar semula". Apakah yang cuba disampaikan oleh Jesus sebenarnya?adakah ia berkaitan dengan daging Khinzir yang halal?

Cubalah bertanya pendeta anda di gereja masing-masing tentang ayat yang menghalalkan daging khinzir kepada penganut Kristian dan pastinya beliau akan memberikan referensi dari ayat ini. Persoalannya adakah ia perkara yang benar?

Bagaimana dengan pengharaman secara jelas beberapa jenis daging yang disebutkan dalam kitab Taurat (Old Testament) yang mana ia secara jelas menyebut tentang pengharaman daging khinzir tersebut. Didalam Kitab Imamat Chapter 11 Verse 1-8 (Leviticus 11:1-8)

          "Tuhan berfirman kepada Musa dan Harun, "Beritahu kepada orang Israel begini, 'Inilah haiwan-haiwan hidup yang boleh kamu makan daripada antara segala jenis yang ada di atas bumi: Kamu boleh makan semua haiwan yang terbelah kuku kakinya serta yang mengunyah bahan mamahan. Akan tetapi kamu tidak boleh makan antara haiwan yang hanya mengunyah bahan mamahan atau yang hanya terbelah kuku kakinya. Jenis-jenis haiwan yang berikut tidak boleh kamu makan: Unta, haiwan yang mengunyah bahan mamahan tetapi tidak terbelah kuku kakinya adalah haram bagimu. Landak, haiwan yang mengunyah bahan mamahan walaupun kuku kakinya tidak terbelah adalah haram bagimu. Arnab, haiwan yang juga mengunyah bahan mamahan walaupun kuku kakinya tidak terbelah adalah haram bagimu. Babi, yang kuku kakinya terbelah walaupun babi tidak mengunyah bahan mamahan adalah haram bagimu. Maka janganlah kamu makan daging haiwan-haiwan itu dan jangan kamu sentuh bangkainya, kerana semua itu haram bagimu".

Sekali lagi mereka akan memberikan hujah yang lain mengenai pengharaman tersebut yang sudah tidak terpakai kerana beberapa sebab tertentu. Antaranya ialah:

1.Undang-undang (syariat) dari Kitab Old Testament adalah untuk penganut Yahudi sahaja.
2.Hanya beberapa perkara berkaitan dengan moral yang diharamkan saja yang perlu dipatuhi seperti pengharaman Homoseksual.

Persoalannya, adakah perkara tersebut dapat diterima akal? Sedangkan Jesus dalam  Kitab Matius (Matthew) Chapter 5 Verse 17-19 telah bersabda dengan tegas bahawasanya 

            "Jangan sangka Aku datang untuk menghapuskan Taurat dan ajaran nabi-nabi. Aku datang bukan untuk menghapuskan tetapi untuk menunaikan segala-galanya. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, selagi ada langit dan bumi, satu titik atau huruf yang terkecil pun tidak akan hapus daripada Taurat sebelum semuanya ternyata berlaku. Dengan demikian, jika seseorang melanggar hukum yang terkecil pun dan mengajar orang lain melanggarnya, dia akan tergolong antara mereka yang paling rendah dalam kerajaan syurga. Sebaliknya, jika seseorang mematuhi Taurat dan mengajar orang lain turut patuh, dia akan menjadi orang yang mulia dalam kerajaan syurga"

[Matius 5:17-19]

Cuba anda sebagai penganut Kristian yang setia berfikir sejenak, antara perkataan/pemahaman pendeta-pendeta anda tersebut dengan kata-kata dari Jesus, yang manakah lebih mulia dan bersifat penyayang terhadap kesejahteraan penganutnya.

Terdapat juga pendapat yang mengatakan peringatan ini hanyalah seperti larangan seorang ayah yang melarang anaknya dengan penuh kasih sayang (penekanan konsep Kasih Sayang-Love) dan seorang anak sepatutnya menerimanya dengan baik namun tidak sampai ke peringkat pengharaman. Ini semua adalah salah satu dari helah tersebut yang bersifat mementingkan diri dan keji.




Kesimpulan

Pengharaman beberapa jenis makanan dalam agama Krisitian adalah sebagai satu tanda kasih sayang dan rahmat dari Tuhan kepada penganutnya dimana mereka dilarang untuk makan beberapa jenis makanan yang dari segi perubatannya sangat buruk dan boleh membawa mudarat kepada kesihatan. 
Antara makanan lain yang diharamkan bagi penganut Kristian selain khinzir adalah bangkai, darah, dan arak. 

Mengenai pengharaman Bangkai, didalam kitab Ulangan Chapter 14 Verse 21 Tuhan berkata mengenainya :

    "Jangan engkau makan bangkai apa-apa pun, kerana engkau umat yang suci bagi Tuhan, Allahmu. Namun demikian, engkau boleh memberikannya kepada pendatang yang ada di kotamu untuk dimakan olehnya, atau menjualnya kepada bangsa asing"

Manakala didalam Kitab Imamat Chapter 10 Verse 8-10 Tuhan berkata mengenai Pengharaman arak:

    "Tuhan berfirman kepada Harun," Baik kamu mahupun anak-anakmu tidak boleh minum apa-apa air anggur atau apa-apa minuman yang memabukkan ketika kamu masuk ke dalam Khemah Pertemuan, supaya jangan kamu mati. Ini suatu peraturan tetap yang berkuat kuasa seterusnya bagi kamu turun-temurun, supaya kamu dapat membezakan antara yang suci dengan yang biasa, antara yang najis dengan yang suci yakni tidak najis".

Walaubagaimanapun, masih terdapat sesetengah dari Sect Kristian seperti Seventh-Day Adventist Church yang masih berpegang teguh dengan ayat tersebut dan menjauhi diri mereka dari perkara yang haram tersebut.

والله أعلم بالصواب

Rujukan

1. www.alkitabversiborneo.org/
2. https://www.biblica.com/resources/bible-faqs/why-does-the-niv-bible-omit-or-have-missing-verses/
3. https://en.wikipedia.org/wiki/Christian_dietary_laws