Wednesday, 23 October 2019

Abu Amir ar-Rahib


Allah S.W.T mengutuk keras golongan munafik kerana mereka sanggup membukakan rahsia-rahsia pertahanan Islam kepada musuh Islam selain sanggup memfitnah golongan sahabat-sahabat yang mulia seperti Khulafa Al-Rasyidin dan Ummahatul Mukminin Saidatina Ai'syah R.A semasa peristiwa Hadithul Ifqi. Mereka juga dituduh sebagai pengasas kepada ajaran Syi'ah.

Antara golongan ini yang terkenal ialah Abdullah Bin Ubay Bin Salul, Abu Amir ar-Rahib dan al-Harits bin Suaid. Abdullah Bin Ubay dan Abu Amir mati dalam keadaan munafik manakala al-Harits bin Suaid sempat bertaubat dan diterima oleh Allah S.W.T dan disampaikan melalui lisan Nabi S.A.W. Dalam surah Ali 'Imran Allah S.W.T berfirman

إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا مِنْ بَعْدِ ذَٰلِكَ وَأَصْلَحُوا فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

"Kecuali orang-orang yang taubat, sesudah (kafir) itu dan mengadakan perbaikan. Karena sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".

Berlainan pula dengan Abu Amir ar-Rahib yang asalnya penganut agama Nasrani, beliau kemudiannya murtad dan meninggalkan Madinah serta berpakat dengan musyrikin Quraish selain membuat perjanjian rahsia dengan tentera Rom di Syam  untuk menyerang Madinah dengan mengejut.

Itulah sebabnya, setelah Rasulullah SAW mengetahui hal itu, baginda langsung menyerang Syam lebih dahulu dengan menyerbu ke Tabuk sehingga serangan Rom digagalkan sebelum terjadi, padahal Abu Amir telah berjanji bahawa dia akan menjadi Gabenor kelima Rom di Madinah dengan mendirikan Masjid Dhirar yang terkenal.

Didalam surah At-Taubah Allah SWT berfirman:

وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مَسْجِدًا ضِرَارًا وَكُفْرًا وَتَفْرِيقًا بَيْنَ الْمُؤْمِنِينَ وَإِرْصَادًا لِمَنْ حَارَبَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ مِنْ قَبْلُ ۚ وَلَيَحْلِفُنَّ إِنْ أَرَدْنَا إِلَّا الْحُسْنَىٰ ۖ وَاللَّهُ يَشْهَدُ إِنَّهُمْ لَكَاذِبُونَ

Dan (di antara orang-orang munafik itu) ada orang-orang yang mendirikan masjid untuk menimbulkan kemudharatan (pada orang-orang mukmin), untuk kekafiran dan untuk memecah belah antara orang-orang mukmin serta menunggu kedatangan orang-orang yang telah memerangi Allah dan Rasul-Nya sejak dahulu. Mereka Sesungguhnya bersumpah: "Kami tidak menghendaki selain kebaikan". Dan Allah menjadi saksi bahwa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta (dalam sumpahnya).





Rasulullah SAW memerintahkan Masjid Dhirar dihancurkan

Diriwayatkan dari Abu Rahman Al-Ghifari bahawasanya ayat ini turun berkenaan dengan bani Ghunm bin Auf dari suku Khazraj. Mereka membangun masjid yang dipimpin oleh Abu Amir ar-Rahib. Pembangunan masjid itu lebih dipicu oleh rasa dengki terhadap Bani Amr bin Auf dari suku Aus yang lebih dahulu membangun Masjid Quba. Akan tetapi, Rasulullah selalu berhalangan datang ke masjid itu hingga turunlah ayat yang mengingatkan Rasulullah bahawa masjid yang mereka bangun, atau yang dikenal dengan Masjid Dhirar, adalah tempat untuk memecah belah umat. Para pendirinya adalah orang-orang munafik. Lalu Rasulullah memerintahkan untuk menghancurkan masjid tersebut

والله أعلم بالصواب


Rujukan
1.Tafsir Al-Azhar
2.https://tafsirweb.com/1221-surat-ali-imran-ayat-89.html

No comments:

Post a Comment