Friday 12 July 2024

Wahabi yang meninggalkan fahamannya

 


Ada kawan saya sebut dalam grup Wasap "Jika orang berilmu baca bahan ilmiah secara adil, lambat laun akan tinggalkan fahaman Wahabi."

Kata-kata ini benar. Contoh terdekat ialah Almarhum Ustaz Adlan Abdul Aziz[Rujuk gambar 1]. Beliau asal Salafi tegar tetapi kemudian keluar daripada Salafi. Ustaz Adlan menuntut di Universiti Al al-Bayt, Jordan. Beliau pernah berguru dengan Syeikh Syuaib Al-Arnaut, ulama hadith Jordan. Beliau amat minat dengan ilmu hadith dan pengajian ilmu sehingga beliau mengasaskan Tirmidhi Centre.

Kedua, Akhi Mohd Nawawi adalah Salafi tegar[Rujuk gambar 2]. Menurut khabar, beliau sempat berguru dengan Ustaz Rasul Dahdri, tokoh Salafi Malaysia. Kemudian beliau keluar daripada Salafi. Akhi Mohd. Nawawi juga berguru dengan Almarhum Ustaz Adlan. Analisa Akhi Mohd. Nawawi terhadap hujah Salafi cukup tajam dan padu.

Ketiga, Ustaz Muhammad Adam Iman. Dahulu Salafi tegar dan menjuarai perbahasan. [ RUjuk gambar 3 ] Nama beliau pernah naik hingga ke pihak berkuasa kerana terlalu keras. Namun kini beliau keluar daripada salafi.

Di peringkat antarabangsa, dua orang figura pendakwah terkenal barat iaitu Muhammad Hijab dan Dr. Yasir Qadhi. Keduanya adalah Salafi tegar dan kemudian keluar daripada Salafi. Channel Muhammad Hijab di Youtube mempunyai 1.24 juta subscribers. Beliau terkenal di barat kerana kefasihan berhujah tentang isu berkaitan Islam. Dr. Yasir Qadhi pernah belajar bidang Hadith di Universiti Islam Madinah. Channel beliau di Youtube mempunyai 641 ribu subscribers. Nama beliau tersenarai dalam 500 Most Influential Muslims. Boleh cari kuliah mereka berdua di Youtube tentang sebab keluar daripada Salafi. Memang benar tindakan seseorang itu bukan menjadi penentu kebenaran. Namun kita dapat lihat selepas mereka mengkaji dan menilai secara ilmiah maka mereka akan bertemu dengan kebenaran. Dengan itu, kita perlu semak dan nilai dengan baik. Jangan telan bulat-bulat apa sahaja yang kita dengar dan pelajari.
Bagi mereka yang belum mampu menilai maka perlu belajar dahulu. Jangan cepat komen bagaikan ulama tetapi ilmu tarak. Insya Allah kita akan bertemu dengan kebenaran pada suatu hari nanti. Moga Allah kurniakan taufik dan hidayah kepada kita semua. Salam hormat. Dr. Abdul Rahman A Shukor 11 Julai 2024

No comments:

Post a Comment