Imam Ahli Sunnah, Abu al-Hasan al-Ashari berkata dalam kitabnya al-Ibanah, mukasurat 21, Allah beristiwa' atas Arasy, sebagaimana yang dia sebutkan, dengan makna yang dikehendaki-Nya. Istiwa' yang suci daripada makna penyentuhan, penempatan, kedudukan, percantuman, dan perpindahan. Arasy tidak menanggung zat Allah, sebaliknya Arasy dan malaikat penanggung Arasy, mereka semua ditanggung oleh kuasa-Nya. malah mereka tertunduk kepada kuasa dan kehendak Allah. Allah atas Arasy dan atas segala sesuatu, atas segala bintang-bintang. Tetapi sifat "atas" tersebut bukanlah atas yang menambah kehampiran dengan Arasy dan langit, kerana sifat "atas" ini bukanlah atas berkaitan jarak.
Sifat "atas" tersebut bukanlah atas jisim kepada jisim yang lain-Maha Suci Tuhan- kerana Tuhan tidak menyerupai Makhluk. Sifat "atas" tersebut tidak menambahkan kedekatan jarak kepada Arasy atau langit. Malah, Maha Tinggi Darjat-Nya sama ada daripada Arasy mahupun Bumi.
Pada masa yang sama, Allah bersifat dekat dengan segala makhluk dan lebih dekat daripada urat leher manusia dan Dia melihat segala sesuatu. Imam Ashari juga berkata dalam kitab Maqalat Islamiyyin: Ahli Sunah dan Ahli Hadis berkata: Tuhan tidak berjisim, tidak menyerupai makhluk dan Dia atas Arasy sebagaimana firman-Nya: Kami tidak membelakangkan firman Allah, maka kami mengatakan: Allah beristiwa' tanpa sebarang cara atau rupa tertentu.
No comments:
Post a Comment