Berkenaan dengan istiwa', Ahmad memaknainya dengan "tinggi dan mengatasi" (al-'uluw wa al-irtifa')."
Oleh kerana 'Arsy adalah makhluk yang paling utama dan tertinggi, Allah memuji diri-Nya dengan mengatakan bahawa Dia ber-istiwa' yakni meninggi di-atasnya ('ala alayh), namun "tidak boleh ditetapkan persentuhan dan penempelan (mumasah wa mulaqah)." Ahmad turut menetapkan bahawa Allah SWT memiliki "wajah (wajh) namun bukan seperti rupa yang dibentuk (al-suwar al-musawwarah) dan benda yang direka (al-a'yan al mukhattatah)" , memiliki "dua tangan sebagai sifat bagi zat-Nya bukan anggota tubuh (jarihatayn)" dan memiliki "jiwa (nafs) namun bukan seperti jiwa hamba yang aktif dalam tubuh."
Rujukan:
Abu al-Fadl Abdul Wahid bin Abdul Aziz al-Tamimi [I'tiqad al Imam al Munabbal Abi Abdillah Ahmad bin Hanbal]
No comments:
Post a Comment