Sunday, 6 March 2022

Tuan Guru Nik Aziz dan pemikiran Sayyid Qutb (Ikhwanul Muslimin)


Tuan Guru Nik Aziz adalah antara tokoh ulama penggerak program tarbiyyah di era kepimpinan ulama dalam PAS tahun 1983. Beliau telah mengikuti pemikiran Sayyid Qutb semenjak menuntut di India, pada tahun 1957 melalui seorang Ikhwan yang menjadi tenaga pengajar di tempatnya, Darul Ulum, Deoband, iaitu Abdul Mun'im al-Namir daripada Mesir. Buku al-'Adalah al-Ijtima'iyyah fi al-Islam karangan Sayyid Qutb dijadikan teks pengajian bahasa Arab di situ.


Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke al-Azhar pada tahun 1958 dan berkesempatan membaca Fi Zilal al-Quran. Karya ini, menurut Tuan Guru Nik Aziz, benar-benar memberi kesan kepada dirinya terutama mengenai konsep Islam sebagai ad-Deen dan konsep al-Hakimiyyah dari segi Tauhid . Membaca kedua-dua konsep ini beliau merasakan terhutang budi kepada Sayyid Qutb kerana ia tidak pernah disebut dengan sebegitu jelas oleh mana-mana ulama sebelumnya.


Sejak itu, katanya, dalam mana-mana kesempatan ceramah atau kuliah pengajian agama, Tuan Guru Nik Aziz akan membicarakan kedua-dua konsep tersebut, Islam sebagai ad-Deen dan al-Hakimiyyah sebagai tuntutan Tauhid. Kedua-dua konsep ini, menurutnya, lebih diperkukuhkan pembawaannya semenjak beliau bergiat secara aktif dalam Pas pada tahun 1967 kerana kedua-duanya sesuai dengan konsep perjuangan PAS.


bersambung...

No comments:

Post a Comment