Tuesday, 26 October 2021

Peranan Nabi Muhammad saw. bagi umatnya dan adakah Baginda wajib ditaati setiap masa



Allah swt. berfirman dalam surah al-Nisa' ayat 80:


مَّن يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ ۖ وَمَن تَوَلَّىٰ فَمَا أَرْسَلْنَاكَ عَلَيْه حَفِيظًا            


 "Siapa yang mentaati Rasul maka sesungguhnya dia telah menta'ati Allah, Dan siapa yang berpaling, maka Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka."


    Di dalam ayat ini, Allah swt. menegaskan, Siapa yang mentaati Rasul maka sesungguhnya dia telah menta'ati Allah kerana Allah yang mengutusnya dan Allah pula yang memerintahkan manusia menta'ati beliau sehingga apa yang diperintahkan Rasul adalah perintah Allah juga. Dan siapa yang berpaling, yakni enggan mengikuti Rasul saw., maka dia telah durhaka. Allah mengetahui kedurhakaan mereka, maka masing-masing akan mempertanggungjawabkan kedurhakaannya kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pemelihara bagi mereka, tapi kami mengutusmu hanya untuk menyampaikan ajakan.


    Ayat ini menunjuk Nabi saw. dengan nama Rasul. Sementara ulama membahagikan fungsi Nabi Muhammad saw. dalam berbagai ragam:


1. Sebagai rasul yang menyampaikan pesan Ilahi sesuai apa yang beliau terima.

2. Sebagai mufti yang menyampaikan fatwa keagamaan sesuai pemahaman beliau dan tuntunan ayat-ayat al-Quran.

3. Sebagai hakim yang memutuskan perkara yang diselisihkan.

4. Selaku pemimpin masyarakat yang menghadapi kasus masyarakatnya.

5. Selaku peribadi yang memiliki sifat dan kecenderungan yang berbeda antara seseorang dan yang lain.




Bertindak sebagai seorang Rasul dan Mufti, baginda pasti benar dalam seluruh tindakannya, dan tuntunan beliau dalam hal ini berlaku secara umum, hingga akhir zaman. Sedang putusan beliau selaku hakim, secara formal pasti benar tetapi bisa saja keliru secara material. Hal ini terjadi bila salah satu pihak mengajukan bukti palsu atau lebih pandai dari lawannya dalam menyampaikan dalih. Adapun tuntunan beliau selaku pemimpin masyarakat, juga pasti benar dan sesuai dengan perkembangan masyarakatnya, tetapi boleh jadi tidak sesuai dengan masyarakat lain pada waktu yang lain. Sedang, ucapan dan perilaku beliau selaku peribadi, walaupun tidak berkaitan dengan tuntunan agama dan mengabaikannya tidak mengakibatkan dosa, siapa yang mengikutinya dengan niat meneladani beliau, maka pasti niat peneladan itu menghasilkan ganjaran dari Allah swt.  


    Perlu dicatat juga bahawa para sahabat Nabi saw. menyedari penuh adanya perbedaan dalam kedudukan beliau selaku Rasul yang wajib ditaati dan kedudukan beliau sebagai peribadi yang perintahnya dapat dipertimbangkan. Ketika beliau memilih lokasi tempat bermarkas pada perang Badar, sahabat beliau, al-Khubbab Ibn al-Mundzir bertanya, " Apakah tempat ini tempat yang ditunjukkan Allah untuk engkau jadikan markas atau ini adalah berdasarkan nalar, strategi perang, dan tipu muslihat?" Nabi saw. menjawab, "Ini berdasarkan nalar, strategi perang, dan tipu muslihat." Maka, al-Khubbab mengusulkan tempat lain dekat sumber air dan usul tersebut diterima Nabi saw. (HR. al-Hakim). Demikian juga ketika Rasul menyarankan kepada Burairah, seorang wanita yang tadinya budak kemudian dimerdekakan agar kembali kepada suaminya (Mughits) sang bekas isteri bertanya, "Apakah ini perintah darimu, wahai Rasulullah, atau engkau perantara yang meminta?" Nabi menjawab, "Aku hanya perantara yang meminta." Burairah kemudian menegaskan, "Aku tidak akan bersama dia lagi."


    Ketika terjadi perundingan Hudaibiyah, sebagian besar sahabat Nabi saw. berat hati menerima perinciannya. 'Umar Ibn al-Khaththab ra. secara tegas mempertanyakan mengapa syarat-syarat perundingan itu diterima. Tetapi akhirnya, semua terdiam dan menerima dengan tenang setelah Nabi bersabda, "Aku adalah utusan Allah." Demikian mereka membedakan kedudukan beliau sebagai rasul dan peribadi.


Tafsir Surah al-Nisaa' ayat 80 (Tafsir al-Mishbah) : m/s 634

-Dr. Muhammad Quraish Shihab


No comments:

Post a Comment