Apakah ilmu Kalam itu? Al-Imam Ibnu Khaldun rahimahullahu ta'ala (w. 808H) dalam Kitabnya Tarikh Ibn Khaldun mendefinisikan ilmu kalam sebagai berikut:
"Ilmu Kalam adalah ilmu yang mengandungi hujah-hujah akidah keimanan dengan dalil rasional dan memuat bantahan-bantahan atas akidah kelompok ahli bid'ah yang menyimpang dari madzhab salaf dan ahlussunnah.
Al Imam as- Syafi'i rahimahullah (w. ) adalah imam madzhab ahlu sunnah wal jamaah yang terkenal dalam bidang Fiqh. Beliau dikatakan sebagai pengasas ilmu usul fiqh melalui karyanya al-Risalah. Mengikut pandangan beberapa golongan, al-Imam asy-Syafi'iy pernah melarang belajar ilmu kalam sebagaimana telah dinukil oleh al-Imam al-Baihaqi rahimahullah (w. 458 H) dalam kitabnya Manaqibu asy-Syafi'iy beliau mengatakan bahawa:
"Imam asy-Syafi'iy telah berkata: "Allah memberi bala' kepada seseorang dengan semua dosa selain syirik itu masih lebih baik dari pada diberi bala' berupa ilmu kalam".
Ulama Asy'ariyah membenarkan riwayat itu dan menerimanya. Tetapi yang perlu ditekankan justeru lanjutan nukilannya yang sengaja dipotong. Iaitu lafadz:
Adapun ilmu kalam yang diperbolehkan adalah ilmu kalam yang mengandungi hujah aqliyah (akal) dalam membela akidah ulama salaf. Sebagai tambahan, sebilangan pengkaji berpendapat bahawa Imam as-Syafi'y terlebih dahulu terpengaruh dengan ilmu Mantik sehingga beliau menghasilkan kaedah al-Qiyas sebagai salah satu dalil dalam mengistinbatkan hukum. Menurut al-Nashhar, kaedah al-Qiyas yang digunakan tersebut mempunyai banyak persamaan dengan kaedah al-Tamthil yang dikemukakan oleh Mantik Aristotle.
Sumber: Ustaz Muhammad Ajib Lc. Ma (Rumah Fiqih)
Malaysian Journal for Islamic Studies (MJIS)
No comments:
Post a Comment