Friday 12 February 2021

Hujah Larangan Mengadakan Tahlil (Berdasarkan pandangan Mazhab Syafie)



Ramai yang mengaku mengikuti mazhab Syafie tetapi malangnya amalan yasinan tahlilan yang dilarang oleh imam al syafie mereka lakukannya juga. Begitulah kefahaman agama tidak semua orang mendapatkannya. Oleh itu perbanyakkan doa agar senantiasa diberikan kefahaman agama dan kekal di atas agama yang benar.


Pendapat Imam Syafie rahimahullah & Ulama Mazhab as-Syafie. 


Imam Nawawi menyebutkan di dalam kitabnya, Syarah Muslim iaitu, 


Adalah, bacaan al-Quran (yang pahalanya dikirimkan kepada mayat), maka pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie ialah amalan tersebut tidak akan sampai kepada mayat. 


Sebagai dalilnya, imam Syafie dan para pengikutnya mengambil daripada firman Allah SWT (yang bermaksud), 


"Dan seseorang itu tidak akan memperoleh melainkan pahala daripada daya usahanya sendiri".

Serta dalam sebuah sabda Nabi ﷺ  yang bermaksud, 


"Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah segala amal usahanya kecuali tiga daripada amalnya, sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak (lelaki atau perempuan) soleh yang berdoa untuk simati". 


(An-Nawawi, Syarah Muslim : Juz 1 hal; 9) 


Lagi daripada imam Nawawi di dalam kitab Taklimatul Majmu, Syarah Mazhab ada mengatakan, 


"Adalah, membaca al-Quran dan mengirimkannya sebagai pahala untuk seseorang yang mati dan menggantikan sembahyang untuk seseorang yang mati atau sebagainya adalah tidak sampai kepada mayat yang dikirimkan menurut Jumhur Ulama dan imam Syafie. 


Keterangan ini telah diulang beberapa kali oleh imam Nawawi di dalam

kitabnya, Syarah Muslim.


(As-Subuki, Taklimatul Majmu , Syarah Muhazab: Juz 10, hal; 426)

No comments:

Post a Comment