Friday 4 November 2022

Upacara "slametan" atau kenduri doa selamat..Sejarah asalnya di zaman Wali Songo

Salah satu Wali Songo yang terkenal ialah Sunan Kalijaga atau nama sebenar beliau Raden Mas Said (1500 M). Beliau dalam kaedah dakwahnya menggunakan kaedah akomodatif dan kompromi, contohnya ialah pada upacara "slametan", iaitu kenduri selamatan dalam ritual atau tradisi kematian orang Islam Jawa. Menurut tradisi animisme dan Hindu-Buddha, pada malam pertama kematian, malam ketiga, ketujuh ke-40, ke-100 dan sebagainya, ruh orang mati akan datang ke rumahnya pada malam hari mengunjungi keluarganya. Untuk mengelak daripada kemarahan ruh itu, lalu diadakan sajian (sesaji) dan dibaca mantera oleh seorang dukun. Makanan yang telah dimanterakan tidak boleh dimakan , melainkan diletakkan di candi-candi, perkuburan ataupun di tempat-tempat sunyi di belakang rumah. Tetapi melalui peranan Wali Songo, terutama Sunan Kalijaga, lalu diadaptasi upacara sesaji ini dengan ganti sedekah (kenduri) makanan kepada tetamu, serta diganti bacaan mantera dengan bacaan doa, zikir dan al-Quran, yang dinamakan sebagai majlis tahlil dan doa arwah, di mana pahalanya diharapkan akan sampai kepada orang yang telah meninggal. 

Rujukan

[Umar Hasyim, Sunan Kalijaga, hlm. 30-31]

No comments:

Post a Comment